Wednesday, May 27, 2009

Spa Q




Kak Q minta sulaman dibaju dia ala-ala mak datin spa Q. Kacang je.

Kurung Batik Istana


2 helai baju Kak eS beri pada saya 2 minggu lepas. Katanya nak dipakai semasa mengiringi suaminya mendapat pingat dari Yang Dipertuan Agong. Kiranya mencabar juga anyaman kali ini.Maklumlah baju nak masuk istana.

Mak Datin Melaram











Kawan saya, seorang Mak Datin di sekolah berikan 3 helai baju untuk saya sulamkan. Dah nama Mak Datin tentulah baju yang diberikan mahal-mahal dan dari kualiti yang baik-baik. Ini antara hasil saya.

Baju untuk kenduri


Kak Mi desak saya untuk siapkan sulaman dalam masa 3 hari. Tak leh gi, saya kata. Baju tu dia nak pakai masa kenduri. Dari 2 helai yang di beri, satu helai berjaya saya siapkan.

Lagi Baru


Kak N serahkan sehelai baju kepada saya untuk disulam. Plain color dan susah juga nak buat. Hasil dari 'lawatan' (he he he) ke butik-butik terkenal, dapat juga idea nak buat baju Kak N ni.

Wednesday, May 13, 2009

Kelas Tuition

Kelas tuition yang kami buat untuk anak-anak dah masuk 4 bulan. Agak berjaya juga pendekatannya. Tidak terlalu menekan dan tidak pulak terlalu longgar. Biarlah suasana win-win. Budak-budak ni pulak kalau buat kerja sekolah,menguap punya la banyak, tapi kalau suruh main game atau tengok TV tahan pulak mata mereka. Sabor je la...

Bela Ikan

Anak-anak sebok bela ikan. Mulanya beli empat ekor dan beli juga balang untuk letakkan ikan. Entah macam mana, mungkin silap teknik, kami letakkan air paip dan tak sampai 3 jam,keempat empat ekor ikan mati. Masih tak puas hati dan kami beli 4 ekor ikan di Kompleks, pakcik jual ikan kata jangan letak air paip. Ha ha ha .. baru kami tau. Beli air RO pulak. Kalau dulu 3 jam, sekarang ikan boleh tahan 3 hari pulak.

Tempahan Baru

Blog ini dah lama tidak diupdate. Agak sebok sedikit menghabiskan tempahan dari kawan-kawan. Ada satu baju tempahan dari kawan, Puan Q yang agak complicated sikit dan masih dalam pembikinan. Hajat hati tu dah rehat sekejap selepas siap baju dari Puan Q. Namun tempahan datang lagi dengan 2 helai pakaian untuk disulam. Canggih dan mahal juga bajunya, almaklumlah khabarnya nak dipakai semasa mengadap Yang Dipertuan Agong.