Sunday, April 26, 2009

Design panas 2




Sebahagian lagi design..

Design panas





Kak Zam dah dua helai baju diserahkan kepada saya untuk di sulam. Kak Ina pun sama. Dua-dua design untuk baju ini memang berbeza dan direka khas untuk mereka berdua.

Sunday, April 19, 2009

Letihnya...

Bila idea dah mula kering, mula la fikir benda lain. Salah satunya tengok website yang ada gadget2 yang kelakar dan cute. Hasilnya adalah beberapa cerita yang tak ada kena mengena pun dengan manik. Tetapi kepada kaki manik mungkin gambar itu dapat membantu anda mencari idea yang lebih canggih.

Penguin yang comel

cutenya dia...

Katak yang lapar

Saya lapar dan sdr mungkin juga lapar. Katak dalam blog ini pun lapar juga. Berikan la katak ini makanan dengan right click mouse sdr

Fish

Gadget yang menghiburkan

Ada 4 gadjet yang saya download di bawah ini selepas penat menyulam manik. Anda boleh la berinteraksi dengan haiwan2 comel dengan memberinya makan sedikit demi sedikit.

Spider

Turtles

Hamster

Friday, April 10, 2009

Lagi siri sulam fais




Lagi design terbaru yang bak pecah kepala memikirkannya. Saya belum namakannya lagi tapi masih lagi dalam siri fais.

Design terkini




Ada dua lagi design yang telah saya siapkan. Saya tak tau nak namakan apa. Cuma anggaplah ia sebagai Fais Simpul Berbunga dan satu lagi Fais Simpul Berkembang. He he he hentam je la. Nama tak penting. Janji masyuk.

Singa tak makan orang


Ada cerita sebenarnya di sebalik gambar ini. Masa kami pergi bercuti ke Melaka baru-baru ini (A famosa) dengan selamba rocknya husband ambil gambar anak-anak depan singa yang elok je posing depan pintu masuk. Menjerit mamat yang jaga tiket. Tak boleh... tak boleh... katanya. Mesti mau bayar. He he kami pun belah je.

Buka pusat tusiyen la pulak

Dah 2 minggu rumah kami dijadikan pusat tuisyen. Namanya Pusat Tuisyen Fais. Ada 3 orang pelajar; Najiha, Farhan dan Sofiyya. Eksklusif sebenarnya untuk anak-anak kami sebenarnya. Tak banyak, 2 subjek setiap malam dan masa lebih kurang 1 jam sahaja. Nampaknya ada kemajuan dan pelajar terbaru, Maisarah anak yang bongsu akan mendaftar tak lama lagi!

Beli broadband

Offer di SACC Mall pada hari minggu lepas tak disia-siakan. Survey punya survey ada satu kedai yang jual broadband pada kadar yang termampu. Beli satu dengan pakej yang termurah. Penjual kata 2 hari dah boleh aktif, malangnya 7 hari selepas kena sound baru line diaktifkan.

Sunday, April 5, 2009

Pesanan kawan-kawan

Macam biasa tempahan kawan-kawan didulukan. Saya sebenarnya ada 2-3 helai lagi baju sendiri yang perlu disiapkan untuk sample bergerak. Sampai waktu ini tidak dapat disiapkan, dek kerana perlu menyiapkan tempahan dari kawan-kawan dulu. Biasa la tu. Gembira juga bila ada kepercayaan dari kawan-kawan untuk menyulam manik dibaju mereka. Sehingga itu, baju saya terpaksa peram dulu.

Saturday, April 4, 2009

Stok baru

Banyak manik yang dibeli di serata kedai di Shah Alam dan KL macam tak sama dari segi harganya. Ada juga cuba tengok website yang jual borong terus dari China, India dan Indon. Macam biasa, rasa kurang selesa sebab tak dapat tengok, rasa dan confirm kualiti barang. Ada satu kedai di Shah Alam tapi mereka buat secara virtual office. Susahnya...

Berteman komputer

Semenjak jadi blogger ni lebih sikit kepada komputer. Tengok laman web orang lain dan juga ambil idea- idea mereka untuk diubahsuai jadi design sendiri. Kiranya tak jauh juga la standard dengan yang lain.

Sumber inspirasi

Sebenarnya ini hari pertama saya jadi blogger. Itupun bantuan suami. Saya mula beritau teman-teman tentang blog yang masih mentah ini. Kak Yam orang pertama yang buka dan baca blog saya. Terima kasih Kak Yam.

Tempahan luar

Buat masa ini tak berani lagi ambil tempahan luar. Maklumla, saya bekerja disebelah pagi. Cuma sedikit masa sahaja di sebelah petang dan malam untuk mengisi hobi menyulam. Ada lagi 2-3 baju kawan-kawan yang masih que. Baju saya pun masih tak sempat saya buat lagi. Tunggulah sikit masa lagi..agaknya

Komen anak-anak la pulak

Semenjak saya jadi penyulam manik ini, anak-anak tak de la beri masalah sangat. Saya menyulam masa mereka di sekolah. Dua anak saya lagi, Maisarah dan Sofiyya di sebelah petang biasanya tidor. Masa tulah saya mula menyulam. Malam pulak bila 2 orang lagi anak saya, Najiha dan Farhan ada di rumah mereka sebok pulak buat homefun (ala-ala homework la tu). Ada la sikit sikit mereka komen, Ibu asyik buat manik je...lagi-lagi manik.. lagi-lagi manik.

Kawan-kawan adalah penyokong saya

Cikgu Maslina, Cikgu Norlin, Cikgu Norizan, Cikgu Yam (pelanggan pertama saya yang banyak beri moral support), Cikgu Napisah, Cikgu Norsiah, Cikgu Qaryanis, Cikgu Jamaliah, Cikgu Hazami, Cikgu Rosliza, Cikgu Haslina dan Cikgu Rositawati antara kawan-kawan yang beri kepercayaan kepada saya untuk menyulam dibaju mereka. Baju-baju mereka semuanya mahal-mahal belaka. Mereka tidak takut nanti saya akan 'menjahanamkan' baju mereka. Syukurlah hasil yang saya buat semuanya berpuashati. Dan satu persatu lagi baju mereka serahkan kepada saya lagi.

Berkongsi design





Gian jadi penyulam manik

Kawan-kawan saya yang telah terima baju yang saya sulam nampaknya puas hati. Kelakar pulak bila mereka kata murah. Harga promosi saya katakan pada mereka. Lepas satu... satu baju mereka minta saya sulam. Rezeki mungkin

Susahnya mencari manik

Memang banyak kedai yang menjual barang-barang manik. Saya dan ronda banyak kedai menjual manik. Kadang-kadang kelakar. Sebab harga tak sama. Ada yang jual mahal lebih-lebih pulak. Saya tengah cuba untuk beli terus dengan supplier atau factory.

Sulaman pertama saya..kedua..




Mula ambil tempahan

Saya try dengan menyulam baju sendiri dulu. Ada la dua pasang yang telah siap. Mula digayakan ke tempat kerja. Saya mengajar sebenarnya. Kawan-kawan beri pandangan dan ada yang mula hairan. Paling terkejut ada yang minta tolong sulam dibaju mereka. Bermulalah era menjadi tukang sulam manik.

Hobi menyulam manik

Entah macam mana hobi ini timbul. Mungkin bila tengok dikedai, upah menyulam manik gila-gila harganya. Cuba beli barang sikit-sikit dan mula menyulam. Hasilnya agak mengagumkan bagi seorang yang baru bermula.

Mula jadi Blogger

Hasrat hati nak jadi blogger memang dah lama. Masa yang tidak mengizinkan. Lebih-lebih lagi sekarang dah mula 'gila' dengan hobi buat sulaman manik. Nak tak nak, kena luangkan masa untuk create blog dan bermulalah hidup menjadi blogger.